kucar-KACIR
Khamis, 1 Disember 2011
Harum subur dihati...
Kejatuhan sesuatu empayar sangat memberi kesan terhadap sesuatu kehidupan untuk sesiapa yang pernah hidup di zaman itu.Berbanding zaman sekarang sesuatu yang kita lakukan,perjuangkan juga sebenarnya merupakan sebuah empayar yang patut kita jaga bersama.Terasa adakah bakal kosong jiwanya jika satu empayar yang kita banggakan bakal berkubur?Ibarat dunia dan empayar ini satu perjudian begitu juga mainannya....
Ahad, 28 Ogos 2011
Kelkatu!
Ibarat kelkatu terbang tinggi begitulah semua manusia di muka bumi ini.Kenapa ada yang masih belum puas mengenakan mereka yang tidak bersalah.Ibarat dendam di angin lalu kita tetap terdiam membisu.Tidak bolehkah berkawan tanpa perlu ada agenda peribadi untuk mengenyangkan poket-poket mereka.Kita tetap kita dan mungkin akan kita lakukan jua tetapi ikhlas berkawan bukan menjadi masalah besar.
Kasih mengasihi kita antara sesama kita itu tetap menjadi pegangan.Bukan bermegah tetapi kenyataan bersahabat itu adalah paling indah.Jangan harap balasan mahupun pujian kerana kita tetap akan dipanggil satu masa nanti.Sudah tertulis kita hanya umat manusia yang perlu berpegang kepada kuasa Allah.
Hanya kita yang menentukan haluan kita sendiri bukan mereka atau pemerintah.Jangan dongak tinggi ke langit jika kaki masih berpijak di bumi yang nyata.Hidup tidak penuh dengan pujian,Mati biar jangan penuh dengan kejian!!
Kasih mengasihi kita antara sesama kita itu tetap menjadi pegangan.Bukan bermegah tetapi kenyataan bersahabat itu adalah paling indah.Jangan harap balasan mahupun pujian kerana kita tetap akan dipanggil satu masa nanti.Sudah tertulis kita hanya umat manusia yang perlu berpegang kepada kuasa Allah.
Hanya kita yang menentukan haluan kita sendiri bukan mereka atau pemerintah.Jangan dongak tinggi ke langit jika kaki masih berpijak di bumi yang nyata.Hidup tidak penuh dengan pujian,Mati biar jangan penuh dengan kejian!!
Isnin, 22 Ogos 2011
Modal!
Modal berniaga masih tiada tapi hati sudah meronta-ronta untuk berhenti kerja.Sangat tertekan dengan dunia pekerjaan sepertti ayam masuk reban ikut masa.Pening dengan sesetengah mereka yang hanya fikir masalah mereka sendiri sampai sanggup mengenakan orang.Dari dulu hingga sekarang masih sama mungkin sifat dari dulu masih ada.Ibarat matahari terbenam begitulah kehidupan masa kini asyik tenggelam timbul dan masih begini!Kelkatu patah sayapnya!
Ahad, 7 Ogos 2011
Khamis, 12 Mei 2011
Sandiwara semasa.

Perjuangan demi memartabatkan bolasepak Malaysia tidak pernah padam.Walaupun terkadang membaca suratkhabar Malaysia sendiri di ruangan sukan seperti membaca LONDON NEWS atau Manchester Evening News.Itu lumrah kehidupan kita sebagai seorang rakyat Malaysia bila mana mereka asyik perjuangkan cerita-cerita rakyat di muka depan tetapi di belakang mereka memperjuangkan liga yang jauh beribu batu dari kita.Mentaliti mereka menjual cerita dan itu wajib kita terima kerana adat berniaga siapa mahu rugi walaupun sebenarnya suratkhabar itu sendiri sudah penuh dengan IKLAN.Berapa jauh kita berlari dan terus berlari kita dimomokkan pula di pejabat dengan bangganya mencanangkan yang mereka semua penuh ketegaran di dada.Berlari kita ke kedai kopi hanya itu santapan rohani kita terima bila mana mereka menjelma pula di kaca tv.Jauh mana kita berlari dan berlari mereka tetap berada di mana-mana.Papan iklan bergerak yakni promosi di badan-badan anak Malaysia juga menghiasi pemandangan di mana-mana.Dari pagi sampai petang kita disajikan dengan mereka dan tidak cukup dengan itu diterbangkan mereka khas untuk kita menonton sebuah sandiwara yang hanya untuk memenuhi duit yang sudah mengalir ke dalam poket mereka.Tertipu kita dan terus tertipu dan kita tetap mengucapkan selamat datang kepada mereka.Kita dimomokkan dengan sebuah sandiwara dunia untuk seketika sedangkan realitinya duit kita sedang keluar memasuki akaun-akaun mereka.Terujakah pemain kita hanya untuk sekadar kenangan dapat memijak rumput yang sama dengan mereka yang datang dari luar dari meningkatkan mutu permainan?Kita masih leka sedangkan mereka diberi permaidani merah untuk memijak bumi Malaysia dan mereka hanya bergelak kerana masih berjaya mendapat keuntungan dari kita.
Andai tersinggung seribu kemaafan ku pinta kerana aku juga pernah leka dan tidak pernah malu mengatakan aku dulu juga menyokong mereka.Seribu kemaafan andai ada hati2 yang terluka.
Jumaat, 6 Mei 2011
Kita semua sama sahaja!
Semangat penulisan kembali menjalar setelah lama mendiamkan diri.Pepatah mengatakan diam itu lebih baik dari bersuara dan setelah lama berdiam diri akhirnya mulut berkata-kata terasa KUCAR-KACIR melanda diri.Memang benar berdiam diri lagi baik dari melontarkan suara yang agak menyakitkan hati saudara2 yang amat memahami akan kekurangan diri.Biar apa yang terjadi kita tetap bersama selamanya dan akan tetap junjung nilai murni yang pernah kita lontarkan melalui lagu yang kita nyanyikan atau mulut yang berkata-kata.Teringat 2 petikan dari RimauXI yang menulis di dalam forum UMN yang berbunyi:
Hierarchy creates inequality.
A group of 'runners'/workers is better than a group of self-confessed presidents.
*Klang 7511*
Hierarchy creates inequality.
A group of 'runners'/workers is better than a group of self-confessed presidents.
*Klang 7511*
Isnin, 4 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
