Khamis, 12 Mei 2011

Sandiwara semasa.


Perjuangan demi memartabatkan bolasepak Malaysia tidak pernah padam.Walaupun terkadang membaca suratkhabar Malaysia sendiri di ruangan sukan seperti membaca LONDON NEWS atau Manchester Evening News.Itu lumrah kehidupan kita sebagai seorang rakyat Malaysia bila mana mereka asyik perjuangkan cerita-cerita rakyat di muka depan tetapi di belakang mereka memperjuangkan liga yang jauh beribu batu dari kita.Mentaliti mereka menjual cerita dan itu wajib kita terima kerana adat berniaga siapa mahu rugi walaupun sebenarnya suratkhabar itu sendiri sudah penuh dengan IKLAN.Berapa jauh kita berlari dan terus berlari kita dimomokkan pula di pejabat dengan bangganya mencanangkan yang mereka semua penuh ketegaran di dada.Berlari kita ke kedai kopi hanya itu santapan rohani kita terima bila mana mereka menjelma pula di kaca tv.Jauh mana kita berlari dan berlari mereka tetap berada di mana-mana.Papan iklan bergerak yakni promosi di badan-badan anak Malaysia juga menghiasi pemandangan di mana-mana.Dari pagi sampai petang kita disajikan dengan mereka dan tidak cukup dengan itu diterbangkan mereka khas untuk kita menonton sebuah sandiwara yang hanya untuk memenuhi duit yang sudah mengalir ke dalam poket mereka.Tertipu kita dan terus tertipu dan kita tetap mengucapkan selamat datang kepada mereka.Kita dimomokkan dengan sebuah sandiwara dunia untuk seketika sedangkan realitinya duit kita sedang keluar memasuki akaun-akaun mereka.Terujakah pemain kita hanya untuk sekadar kenangan dapat memijak rumput yang sama dengan mereka yang datang dari luar dari meningkatkan mutu permainan?Kita masih leka sedangkan mereka diberi permaidani merah untuk memijak bumi Malaysia dan mereka hanya bergelak kerana masih berjaya mendapat keuntungan dari kita.





Andai tersinggung seribu kemaafan ku pinta kerana aku juga pernah leka dan tidak pernah malu mengatakan aku dulu juga menyokong mereka.Seribu kemaafan andai ada hati2 yang terluka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan