Isnin, 4 Oktober 2010
Harga diri seorang Anak MALAYSIA.
Aku tertarik apabila menonton video klip DONGENG TENTANG HARGADIRI (TALE OF PRIDE)yang terdapat dalam youtube ini.Kisah yang berkisar antara Viking dan Jakmania 2 pasukan kelab Indonesia yang sangat kukuh tapak penyokongnya.Fanatik dan kecintaan terhadap bolasepak dan tempat lahir atau tempat tinggal mereka sangat menebal.Biar jatuh bangun kelab tetap setia dan bukan sekadar hanya diucapkan hanya mulut tetapi hati dan jantungnya penuh dengan warna kelab yang disokong.Terkadang dalam otak ini terfikir kenapa ada yang malu memakai jersi negeri sendiri atau jersi negara.Ada yang sanggup membeli jersi kelab luar negara yang kadang-kadang mencecah ratusan ringgit dan ada yang sekadar beli cetak rompak yang secara tidak langsung berbangga memakai jersi luar negara yang entah mereka sendiri pun pelik di negara ini sudah tiada jersi negeri atau jersi negara mereka.Harga diri patut kita pertahankan andai boleh bergaduh pasal liga luar negara kenapa tidak bertikam lidah tentang liga dalam negara sendiri.Bila perlawanan akhir baru nampak muka yang mengaku anak sejati tapi sayang hanya akhirnya saja muncul tapi bila perlawanan lain hilang entah ke mana.Mungkin ini trend semasa di negara ini dan aku rindu zaman Semi Pro yang mana amat sungguh indah zaman itu.Andai boleh di ulang waktu aku ingin kembali ke zaman itu.KLANG TEMPAT LAHIR AKU,SHAH ALAM KOTA AKU,SELANGOR NEGERI AKU,MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan