Ahad, 28 Ogos 2011

Kelkatu!

Ibarat kelkatu terbang tinggi begitulah semua manusia di muka bumi ini.Kenapa ada yang masih belum puas mengenakan mereka yang tidak bersalah.Ibarat dendam di angin lalu kita tetap terdiam membisu.Tidak bolehkah berkawan tanpa perlu ada agenda peribadi untuk mengenyangkan poket-poket mereka.Kita tetap kita dan mungkin akan kita lakukan jua tetapi ikhlas berkawan bukan menjadi masalah besar.
Kasih mengasihi kita antara sesama kita itu tetap menjadi pegangan.Bukan bermegah tetapi kenyataan bersahabat itu adalah paling indah.Jangan harap balasan mahupun pujian kerana kita tetap akan dipanggil satu masa nanti.Sudah tertulis kita hanya umat manusia yang perlu berpegang kepada kuasa Allah.
Hanya kita yang menentukan haluan kita sendiri bukan mereka atau pemerintah.Jangan dongak tinggi ke langit jika kaki masih berpijak di bumi yang nyata.Hidup tidak penuh dengan pujian,Mati biar jangan penuh dengan kejian!!

1 ulasan:

  1. salam kenal dari saye, asy faro.
    sebagai blogger baru, masih perlukan komen, pandangan mahupun kritikan terhadap penulisan. follower is an extra bonus for me .(just kalau blog saye menarik pada kamu ok) =)

    http://asyfaro.blogspot.com/2011/09/perempuan-bersepah-kat-u-betul-ke.html

    BalasPadam